Monday 23 January 2012

Jalan Dakwah


Jalan DAKWAH yang diyakini ini tiada siapa yang tahu kesempurnannya. Manusia merancang malah ALLAH jua yang menentukan. Tatkala hati telah thabat dijalan ini, sedarlah bahawa ijtihad kita terhadap sesuatu fiqrah itu mungkin tiada akan kekal lama kerana masa yang mendatang tiada siapa yang tahu. Sesungguhnya ALLAH jua yang lebih mengetahui. Maka usahalah lengkapi skop penglihatanmu untuk menerima islam hanya terhadap apa yang kamu yakini. Sesungguhnya islam itu INDAH dan LUAS. Bergeraklah atas apa yang kamu yakini selagi ia tiada melampaui apa yang diajarkan oleh rasulmu melalui mukjizat al-quran dan as-sunnah. Janganlah kamu duduk bersendirian menafikan jalan yang dipilih oleh insan disekelilingmu. Sesungguhnya itu lebih BURUK balasannya malah merugikan agamamu sendiri. Usia muda ini tiada kekal lama malah tidak pula mampu diganti. Gunakanlah ia sebaik-baiknya..~

No comments:

Post a Comment