Thursday 12 January 2012

WAHAI KAMU YANG TELAH MELUMPUHKAN HATIKU..~


Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin saat ini hatiku adalah milik mu. Namun tidak akan aku berikan setitik pun saat-saat ini, kerana aku telah bertekad dalam diriku bahawa saat-saat indah ku hanya akan ku berikan kepada CINTAku.

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, tolong bantu aku untuk meraih CINTAku bila dia bukanmu.

Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, tahukah kamu bahawa saat inilah yang paling ku takutkan dalam diriku. Jika DIA tidak menganugerahkan aku dengan setitik rasa malu, tentu aku tidak sabar untuk bertemu denganmu dan bukan meraih gelaran sebagai isterimu tetapi sebagai kekasihmu.

Andai rasa malu itu tidak pernah ada, tentu aku tidak berusaha menjauhimu.
Kadangkala aku bingung, apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?
Mengorbankan ukhuwah diantara kita?
atau harus mengorbankan iman dan maluku hanya demi perkara yang remeh ini?

Aku semakin tidak mengerti diriku…

Ingin ku meminta kepada mu, sudikah engkau menungguku? sehingga aku siap dengan yakin dengan pinanganmu? Dan kau pun siap dengan meminangku?

Namun wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, kadangkala aku terfikir, semuanya pasti akan berlalu, dan aku merasa saat-saat ini pun akan segera berlalu. Tetapi ada ketakutan dalam diriku, apabila aku melupakanmu. Aku takut tidak akan pernah lagi menemukan dirimu dalam diri mereka-mereka yang lain.

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, izinkan aku menutup coretan ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. Mungkin nanti saat dimana mungkin kau telah menimang cucu mu dan aku juga demikian, mungkin kita akan saling tersenyum bersama mengingati kisah lama kita yang tragis ini.
Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk menempuh jalan menuju keindahan sebahagian dari iman, kita akan tersenyum bersama akhirnya, setelah menahan perit rindu yang begitu menggoncang.

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia, kesudahan yang terbaik terhadap kisah kita. Memintalah kepadaNya agar IMAN yang tipis ini mampu bertahan, memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya.

Wahai engkau yang sekarang ku cintai, semoga perkara yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA..~

No comments:

Post a Comment