Wednesday 4 January 2012

MUHASABAH DIRI KEMBALI..~


HATI terdetik seketika tika minda sedang melayang entah kemana dan hati kecik ini berbicara..apakah langkah permulaan yang mesti diikuti dalam usaha menuju hidayah?..maka ketahuilah bahawa permulaan jalan hidayah itu ialah menyempurnakan taqwa zahir dan kesudahannya ialah mencapai taqwa yang batin. Kerana syurga itu tidak dapat dicapai melainkan dengan taqwa dan tiada petunjuk bagi orang yang tidak menyediakan dirinya untuk bertaqwa..Dan taqwa itu terbahagi kepada dua bahagian:

1-menjunjung segala perintah ALLAH SWT (melaksanakan segala ketaatan)
2-menjauhi segala larangan ALLAH SWT (dengan meninggalkan segala maksiat).

Langkah dalam menuju ALLAH..
mulailah dengan SABAR sehingga dirimu mampu melangkah dengan redha..Akhirnya, dirimu akan MEMAHAMI kehendak ALLAH kepadamu..

Kemesraan ALLAH..
"jika engkau mahukan KEMESRAAN dengan Allah, maka engkau mesti GARANG terhadap dirimu. Kalau engkau sudah merasakan MANISnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau bagaimana PAHITnya berpisah dengannya"(Muhammad bin Abdullah Asy-Syibli )

Ya Allah adakah hambamu ini jauh daripada hidayahMu..?
sekiranya hambaMu ini jauh daripada RahmatMu, maka berikanlah kepadaku cahayaMu kerana tanpa cahayaMu hambaMu akan berada dalam kegelapan..Ya Allah..sesungguhnya hambamu ini ingin menjadi hamba yang bertaqwa kepadaMu
kerana tujuan asal aku dijadikan tidak lain tidak bukan hanya untuk beribadah k
epadaMu dan diri ini hanya berhak kepadaMu...~

No comments:

Post a Comment