Thursday 12 January 2012

Kencing oh Kencing


Terdapat sesetengah daripada kita mengalami masalah untuk menahan air kencing dalam tempoh waktu yang lama. Masalah ini kebiasaan dialami oleh golongan wanita. Antara sebab musabab kegagalan pundi kencing berfungsi dengan baik adalah disebabkan oleh :
* Masalah jangkitan bakteria pada pundi kencing. Pesakit tidak dapat menahan kencing dan kerap kencing tidak kira masa, samada siang atau malam. Selain daripada itu, pesakit juga akan rasa pedih atau panas ketika  kencing dan pengeluaran cecair dari saluran kencing. Kebiasaannya terjadi di kalangan wanita kerana saluran uretranya yang pendek. 
* Overactive bladder, seseorang yang menghadapi masalah ini akan kerap kencing sekurang-kurangnya sepuluh kali sehari dan tidak mampu menahan kencing. Masalah ini dialami oleh lelaki dan wanita. 
*Nocturia, pesakit akan kencing kerap pada waktu malam. Kebiasaannya dialami oleh pesakit kencing manis.  Pesakit akan mengeluarkan air kencing dalam kuantiti yang banyak dan kerap pada waktu malam walaupun kurang mengambil minuman.
* Pundi kencing menghadapi masalah untuk menampung kuantiti urin dalam kuantiti yang normal. Berlaku kebocoran air kencing jika pesakit menahan air kencing kerana pundi kencing lemah untuk menahan pengeluarannya.
* Inkontinens, lemah kawalan kencing yang dihadapi oleh wanita. Air kencing keluar sedikit (tanpa kawalan) apabila setiap kali bangun dari duduk, apabila batuk, bersin, ataupun ketika melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam. Kebiasaannya dihadapi oleh wanita yang telah berumur. ia disebabkan oleh masalah pada otot dan saraf yang mengawal dan membebaskan air kencing.
Ia adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria pada saluran kencing, berlaku keradangan dan jangkitan bakteria pada vagina, kehamilan serta melahirkan anak. Selain dari itu, masalah ini juga boleh dikaitkan dengan menopaus (disebabkan hormon), penuaan, pernah melakukan pembedahan dan kecederaan pelvik, strok, Alzheimer, Parkinson dan kecacatan sejak lahir.

Kebiasaan pesakit yang menhidapi masalah dalam pembuangan air kencing segan untuk berjumpa dengan doktor kerana menyangka ia perkara yang memalukan dan sentiasa mengambil langkah untuk mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti bermasyarakat. Mereka jarang keluar dari rumah dan jika keluar, mereka akan memastikan tempat yang mereka bakal kunjungi terdapat tandas.

Dan terdapat sesetengah daripada mereka yang mengurangkan pengambilan air untuk mengelakkan daripada kerap ke tandas tanpa mengambil kisah kesan negatif yang terpaksa mereka tanggung akibat daripada tindakan mereka. Kekurangan air menjejaskan fungsi organ dalaman. Selain daripada itu, badan akan mudah terasa letih, mengantuk dan tidak bermaya.






No comments:

Post a Comment