Sunday 1 January 2012

Resepi Nasi Tomato


Bahan-Bahan Untuk Memasak Nasi

Beras (dibersihkan dan direndam selama 1 jam)
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Buah Pelaga
Bunga Cengkih
Serai (diketuk)
Daun Pandan
Susu pekat/ susu cair
Tomato puri (sos tomato)
Sos Kacang Panggang
Garam secukup rasa
Minyak/ planta untuk menggoreng

Hiasan


Kismis
Bawang Goreng
Biji Gajus 

Cara-cara memasak


Panaskan minyak/ planta di atas api yang sederhana sehingga panas.

Kemudian masukkan rempah ratus ke dalam periuk dan goreng sehingga naik bau.

Masukkan sedikit air, kemudian masukkan beras yang telah direndam ke dalam periuk tadi dan gaul sehingga sebati.

Selepas itu masukkan air secukupnya, susu, sos tomato puri, sos kacang panggang, dan daun pandan ke dalam periuk dan digaul rata. (elakkan gaul terlalu lama untuk mengelakkan beras hancur). Dan masak nasi seperti biasa.

Kemudian, taburkan biji gajus, kismis dan bawang goreng dan kaiskan nasi tersebut supaya bahan tadi mesra dengan nasi.

Hidangkan dengan ayam masak merah bersama dengan kuah dalca.

No comments:

Post a Comment