Setiap kita terutamanya wanita mengimpikan wajah yang cantik, tubuh yang elok dipandang serta segala-galanya yang sempurna. Namun hakikatnya, sempurna pada mata kita manusia, belum tentu sempurna pada mata ALLAH. Justeru segala-galanya memerlukan keseimbangan, termasuk dalam hal kecantikan. Bagaimana untuk jadi cantik zahir dan batin? Tips ini mudah dan praktikal sekali untuk diamalkan. Barangkali hanya memerlukan sedikit perubahan sikap dan perbuatan..
-Menjaga perkataan. Tidak bercakap kasar, sinis, atau dengan kata lain, menyakitkan hati orang lain sama ada dengan bahasa keras atau sindiran.
-Menjaga perlakuan. Menjauhi perlakuan kasar, bengis yang tidak selari dengan peribadi Muslimah.
-Anggota tubuh sentiasa dibasahi air wuduk.
-Jangan tinggalkan solat lima waktu (sekiranya dalam keadaan suci).
-Memakai pakaian yang sopan, tidak menjolok mata dan bersih.
-Selalu berfikiran positif.
-Membanyakkan zikir, selawat dan membaca al-Quran.
-Berbaik sangka dengan orang lain dan tekanan yang menghimpit.
-Berbaik sangka dengan ALLAH, termasuk dengan segala ujian yang ALLAH beri.
-Jangan abaikan amalan berdoa, memohon kebaikan dan hindari keburukan...~
No comments:
Post a Comment