Tuesday, 13 December 2011

ya ALLAH, AKU JATUH CINTA..~


Alhamdulillah syukur atas nikmat ALLAH yang masih memberi nafas buat insan lemah ni juga buat saudara semua yang dicintai kerana ALLAH. Baca pada tajuk membuat saya bersemangat nak menaip entry tentang cinta; ya Allah, aku jatuh cinta. Sejujurnya, saya sangat suka dengan ungkapan ni. 

Jadi, dalam entry kali ni saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya, insyaAllah. Anda pernah jatuh cinta? Tidak salah untuk jatuh cinta, malah cinta dalam jiwa-jiwa insan adalah perkara yang normal, apabila berkata tentang cinta pasti setiap jiwa mempunyai cinta dalam dirinya. Menurut Abdullah Nasihulwan, cinta ialah kecenderungan kepada sesuatu perkara. Cinta ialah fitrah tetapi boleh menjadi fitnah! Fitnah disini membawa maksud melakukakn sesuatu perkara di atas nama cinta yang tidak berlandaskan syarak yang mana adalah salah di sisi ALLAH dengan melakukan perkara yang tidak mendapat redhaNYA. Islam adalah agama yang indah dan Islam sendiri menggalakkan kita untuk bercinta tetapi ada peraturan dalam bercinta.

Ibnu Qayyim menjelaskan terdapat 60 istilah yang dikaitkan dengan cinta, tetapi cinta tersebut disalahfahamkkan oleh manusia. Di sini, saya bawakan 6 istilah sahaja, antaranya ialah :

AL-ALAQAH, membawa erti ingin selalu bersama yang mana apabila ada pasangan yang bercinta ingin selalu berhubung dengan kekasihnya, nak berSMS setiap masa, berCall setiap detik dan macam-macam ber...lagi. Perkara ini adalah salah tetapi seringkali berlaku kepada pasangan yang sedang hangat bercinta.

AL-HAWA, ialah perasaan cinta itu untuk menzahirkan sesuatu berdasarkan kecenderungan syahwat/seks semata-mata. Hal ini amat buruk tetapi juga sangat banyak berlaku. Contohnya, si Balak (buaya fren kepada si Bunga) minta si Bunga hantar gambarnya. Than si Bunga pun send gambar cantik dengan selendang belilit-lilit. Kemudian si Balak balas balik, katanya dah biasa tengok si Bunga dengan dressing ni, so hantarlah gambar kat bilik tidur ke? gambar kat bilik air ke? Yang maksudnya nak gambar si Bunga dalam keadaan seksi. Perkara ni banyak berlaku dalam kalangan remaja hari ni yang menjadi hamba kepada cinta semata-mata. masyaALLAH.. semoga perkara ni dijauhkan daripada kita.

AS-SABA’, iaitu rindu yang meluap-luap atau rindu kepada kebodohan. MasyaALLAH, walaupun maksud yang digunakan agak kasar tetapi perkara ni adalah hakikat. Seterusnya, ATTAYYUUM yang bererti perhambaan atau manusia yang menjadi hamba kepada cintanya sehingga sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH kerana cinta ini.

AL-ISYK, iaitu keasyikan yang melampau yang mana orang bercinta ni sangat asyik dengan cinta palsunya, angau memanjang, sering teringat-ingatkan si dia selain sangat suka dengar lagu cintan-cintun dan membayangkan dirinya sebagai watak dalam novel cinta. Yang ke-6 ialah AL-JUNUN, cinta gila yang mana orang yang bercinta ini tidak tahu membuat pertimbangan yang rasional kerana hatinya telah gelap dan kotor dengan cinta palsu. 

Sekali kita terjebak ke dalam cinta fitnah, hati yang pada asalnya bersih lagi suci ini akan jatuh ke lembah dosa sedikit demi sedikit. Cinta yang satu dan hakiki hanyalah cinta Allah. Jadi sebagai hambaNya yang beriman kita wajib melabuhkan cinta kita kepada pemilik segala cinta, iaitu ALLAH swt kerana DIA adalah pemilik cinta yang agung. Rasullah saw pernah bersabda;

“Barangsiapa yang ada tiga hal dalam dirinya, iaitu cinta kepada Allah dan Rasulnya, cinta sesama manusia kerana Allah dan cinta kepada kekafiran dan kemaksiatan dia akan merasai kemanisan iman..”

Allah adalah pemilik cinta yang agung kerana Dia merupakan sumber motivasi insan, sentiasa ada di sisi dan tidak pernah tidak setia juga tidak akan mengecewakan hati-hati manusia. Firman Allah yang bermaksud;

Demi waktu Duha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). (Surah Dhuha 93:1-3)

Cinta terbahagi kepada 3 peringkat, iaitu yang pertama Cinta Agung ialah cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad di jalan Allah. Peringkat yang ke-2, Cinta Pertengahan ialah cinta kepada ibu bapa, suami isteri, saudara, harta dan lain-lain kerana Allah. Peringkat yang ke-3 ialah Cinta Rendah ialah mencintai cinta pertengahan melebihi daripada cinta agung. Hal ini ditegaskan Allah dalam firmanNya yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (surah At-taubah 9:24)

Alhamdulillah, cukup dahulu untuk entry ni. Semoga apa yang dikongsi dapat memberi manfaat buat diri. Akhir kalam, cinta yang agung hanyalah cinta kepada dia. Ya Allah, aku jatuh cinta dan labuhkanlah cintaku kepada insan yang mencintaiku keranaMu dan aku juga mencintainya keranaMu.

Manusia yang mengejar cinta selain cinta Allah,
Umpama mengejar fatamorgana diwaktu terik mentari,
Jiwanya lemah. Akalnya lesu, ibadahnya tawar dan jihadnya pudar..

p/s: Anda dapat syurga sebelum kahwin, Allah akan tarik syurga selepas kahwin..~

No comments:

Post a Comment