Tuesday, 13 December 2011

Menyintai Sahabat-Sahabatku


Aku menyintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring dan sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat-sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam kedaan suka ataupun duka. Jika aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, semakin aku percaya diri..~

~Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi MUSUH bagi sebahagian yang lain KECUALI orang-orang yang bertaqwa..~(QS Az-Zukhruf:67)

~Sahabat yang BAIK, umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akam memberikannya kepadamu, atau kamu akan membeli darinya, atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi sahabat yang JAHAT umpama peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau busuk darinya..~(HR Bukhari & Muslim)


No comments:

Post a Comment